Akibat Maksiat
>
>Maksiat lawannya taat. Kedua-duanya, hanya Allah swt yang tahu. Maksiat ada
>kesannya, taat pun ada kesannya tersendiri. Ketaatan menjadi suatu yang
>manis bagi si Mukmin, manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi mereka
>yang engkar. Sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan
>di dunia dan akhirat. Mukmin, sentiasa berhati-hati dalam kehidupan
>sehariannya agar tidak terperangkap dalam kemaksiatan. Walaupun hanya Allah
>swt yang tahu semua tindakan ketaatan dan juga kemaksiatan insan, kesan dan
>pengaruhnya dapat dilihat semasa hidup di dunia.
>
>1. Tidak Mendapat Ilmu
>2. Tidak Mendapat Rezeki
>3. Kerisauan dan Kesepian Hati
>4. Banyak Mendapat Kesulitan
>5. Kegelapan di dalam hati
>6. Melemahkan Hati dan Badan
>7. Kehilangan ketaatan
>8. Mengurangi umur dan mengikis berkah
>
>1. Tidak Mendapatkan Ilmu
>
>Ilmu adalah sinar yang diletakkan Allah swt ke dalam hati. Sedangkan
>maksiat
>memadamkan sinar tersebut. Pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafie yang
>belajar dengarnya, "Saya melihat Allah swt telah meletakkan sinar dalam
>hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat." Imam Syafie juga
>pernah mengeluh, "Saya mengeluh kepada Waki', hafalanku jelek; lantas dia
>menasihatiku untuk meninggalkan maksiat." Sambung Waki', "Ketahuilah bahawa
>ilmu itu anugerah, dan Allah swt tidak berikan kepada pelaku maksiat."
>
>2. Tidak Mendapatkan Rezeki
>
>Dalam Musnad Imam Ahmad, "Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan
>rezeki kerana dosa yang diperbuat." Sememangnya jelas bahawa taqwa kepada
>Allah swt itu mendapatkan rezeki, sedangkan meninggalkan taqwa mendatangkan
>kefakiran dan kemiskinan.
>
>3. Kerisauan dan Kesepian di Hati
>
>Antara hati seorang insan pelaku maksiat dengan Allah swt, tidak ada
>keseimbangan dan keterkaitan yang dirasai sebagai kenikmatan, malahan yang
>terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian. Sekiranya kenikmatan
>dunia seisinya diberikan kepadanya, tidak akan mampu mengimbangi keresahan
>tersebut.
>Tidak ada yang lebih pahit dalam hati insan daripada kerisauan kerana
>kesepian atau keterasingan antara dirinya dengan orang lain, lebih-lebih
>lagi dari orang-orang yang sebelumnya baik dengannya. Bilamana perasaan
>keterasingan itu menjadi kuat, maka dia akan menjauhkan dirinya dari
>lingkungan orang-orang tadi. Akhirnya, jika hati yang terasa terasing itu
>banyak melakukan maksiat, dia akan mendekati kelompok syaitan, dan jauh
>dari
>kelompok yang dekat dengan Allah swt. Kesan seterusnya, perasaan
>keterasingan itu akan menguasai dirinya dan dia akan mula terasa terasing
>dari keluarganya serta anak-anaknya, dan ini akan terus menambahkan
>kerisauan dan tertekan dalam dirinya.
>
>4. Banyak mendapat kesulitan
>
>Orang yang tidak bertaqwa akan mendapat kesukaran dalam berbagai urusannya.
>Kehidupannya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian
>yang serba sulit.
>
>5. Kegelapan dalam hatinya
>
>Kegelapan dalam hatinya akan sungguh-sungguh ia rasakan seperti gelap
>pekatnya malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan maksiatnya itu
>masuk
>menutupi hatinya. Berkata Abdullah bin Abbas, "Sesungguhnya pada kebaikan
>itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan
>kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya.
>Adapun pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada wajah, kegelapan
>dalam
>hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati
>ramai orang."
>
>6. Melemahkan hati dan badan
>
>Orang Mukmin itu kekuatannya terletak pada hati. Bilamana hatinya kuat,
>badannya pun menjadi kuat. Sedangkan orang yang jahat dan penuh dengan
>maksiat, walaupun badannya kuat, namun hatinya paling lemah. Bayangkan,
>kekuatan badan orang-orang Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh
>orang-orang Mukmin dengan kekuatan hati yang kuat imannya kepada Allah swt.
>
>7. Kehilangan ketaatan
>
>Tidak ada hukuman bagi suatu dosa, kecuali hukuman itu adalah terhalangnya
>seseorang dari ketaatan terhadap Allah swt. Juga akan terputuslah
>jalan-jalan kebaikan yang lainnya, sedangkan ketaatan itu lebih baik
>daripada dunia seisinya.
>
>8. Mengurangi umur dan mengikis berkah
>
>Sebahagian ulama mengatakan, bahawa kurangnya umur orang yang suka
>melakukan
>maksiat ialah kerana hilangnya berkah umurnya. Hidup ini sebenarnya adalah
>kehidupan hati. Umur manusia selama waktu-waktu hidupnya sentiasa bersama
>Allah swt, itulah yang merupakan waktu-waktu umurnya. Bila hidupnya
>berpaling dari Allah swt dan sibuk dalam kemaksiatan, akan hilanglah
>hari-hari hidupnya yang hakiki. Sehingga pada akhirnya orang itu akan
>berkata:
>
>"Aduhai, sekiranya dulu saya berbuat untuk hidupku sekarang ini."
>(Al-Fajr:24).
>
>[Rujukan: Ibn Qoyyim, "Terapi Penyakit Hati"]



0 comments:
Post a Comment